Mungkin anda di antara pengunjung yang ada pengalamam bercuti mahupun berkelah di Kg. Janda Baik.
Dulu memang aku teringin sangat nak ke tempat ni.. Hanya dengar pada nama aje, yg realiti nye hanya bayangan aje.
So nak jadikan cerita, kami sekeluarga dah lama merancang untuk ke tempat ni tapi hanya rancangan..perginye tidak. So semua blog kami masuk, semua survey telah kami buat tetapi tak pergi2 juga.
Siap call tanya bilik dan lain-lain. Antaranya yg menarik hati bila survey kat Hawa Resort, Tuk-tuk dan De River.
3 bulan lepas niat tak jadi tu dalam diam2 semasa balik dari percutian kami dari Cameron Highlands (celebrate mr hubby nye besday)..kami terus singgah ke sana tanpa dirancang. Kami sampai sana dalam pukul 5 ptg.
Tak lah jauh rupanya Kg. Janda Baik ini... jalan masuk nya betul2 kat simpang atau ada yg sebut roundabout betul2 kat belakang R&R Genting Sempah.
Pernah tengok tak tempat ni... Ni la R&R Genting Sempah
Jalan masuk ke Kg Janda baik ni memang ambil masa dalam 10-15 minit. Tanpa booking bilik atau chalet kami sekeluarga main redah je dengan harapan ada la bilik kosong. The 1st destinasi chalet, kami tiba di D'Ark..Fuhhhh kelas giler chalet dia, mcm gerun pun ada. Lokasi D'Ark ni mcm dalam cerita2 lama... tapi anak sungainya jauh dari tempat stay. So masa tu x de orang langsung kat situ. Cari reception pun mmg tak ada... Adoyaaaiii
Tiba-tiba kami jumpa seorang abang (muka mcm kenal., mcm artis tambahan cerita tahun 80an, cuma tak tahu nama dia apa). Kami tanya dia then terus dia bawa kami ke lokasi chalet lain..
Tanya punya tanya semuanya penuh... Al Sakinah, Kobaik Resort, Hawa Resort, Tuk-Tuk dan Riverside semuanya penuh... Yg ada Ayu Le'Manah tapi mahalnya harga bilik sehari padahal nak mandi sungai aje.
So lokasi terakhir kami ke De River... cantik kawasan tu (cuma kalau pihak resort nak tambah baik, di syorkan tukar bumbung chalet yg agak kelihatan usang
Rezeki kami tak diizinkanNya pada hari tu coz bilik2 chalet yg strategi dgn anak sungai kat De River dah full dgn cikgu2 sekolah yg buat reunion. Yg ada bilik kat belakang. So kami cakap dgn abg zack (owner) kami akan dtg sblm 7 ptg kalau jadi la....
So kami naik ke atas lagi..(rupanya besar jugak erkkk Kg Janda Baik ni) kami jumpa seorang owner Chalet Pak Lang namanye.. Chalet nya betul2 depan Hawa Resort. Bilik ada, lokasi anak sungai mmg cantik tapi bilik air lak nak kena share / kat luar. Adooiii.... tang bilik air aku mmg titik beratkan kalau berjalan.. mana mungkin tgh malam nak buang air kecil nak keluar dari chalet...takut sehhh..
So...kami naik la sampai ke Kg. org asli... (fuhhhh jauh sgt.)
Dalam perjalanan ke situ kami terserempak dengan ular yg agak besar (ular sawa bukan anaconda tau..) betul2 melintas depan kereta kami.
Hati kami dah rasa tak sedap...petang makin hilang, malam dah nak menjelma. Tempat tidur masih tak dapat lagi. Kami berpandangan sesama (aku dgn hubby laaa..)
So kami decide tak jadi nak menginap ke Kg Janda Baik atas sebab...
-hati tak sedap
-cari chalet semua dah penuh
-ular nye pasal...
-dah lewat petang sangat, so tak sesuai dgn anak kecilku yg baru berumur 18 bulan.
Sebab dah lewat kami rancang nak stay kat Bukit Tinggi coz dlm booking.com still ada bilik tapi apakan daya suami tak berminat (late check in..rugi katanya) So balik la kami sekeluarga ke Melaka walaupun masa tu KL tgh sesak giler dgn kereta coz semua tertumpu ke Stadium Bukit Jalil nak tgk bolasepak (Kelantan lwn JDT)
Apa boleh buat..... kami redah aje la...
Sebenar kami tahu bukan masalah hati tak sedap atau ular punya hal tapi silap kami coz tak buat perancangan. Mana2 percutian kita nak kena plan bukan redah mcm aku ni.
TAPI....
Dan akhirnya sampai juga aku ke Kg. Janda Baik pada tanggal 11 Oktober 2013 selepas kegagalan rancangan pertama aku yg dulu...Kali ni dah siap booking...fuhh selamat still available.
10 Oktober 2013
Macam biasalah buat persiapan bbq, ketupat rendang, kek coklat (surprise kek) dan segala peralatan...
11 Oktober 2013
Disebabkan hari ni hari kelepasan am negeri Melaka (besday TYT)... so kami bertolak dari melaka jam 9
Walaupun at the beginning plan jam 8...hehehe biasa la janji p.ramlee. So 2 kereta bertolak dari Melaka ke Kg Janda Baik. Kami sampai dalm jam 12 tghari..
Bila sampai aje....alamak!!!! Naper air sungai tetiba keruh...Walaupun aku tahu itu adalah punca dr air hujan yg baru turun tapi ekspresi wajah keluargaku berubah dgn drastiknya bila tgk air keruh. Oooo...my Allah. Tarik nafas pepanjang
So aku pergi ke reception..masa tu nampak abg zack tgh potong rumput. Yg ada ayah dia kot. So aku byr RM200 untuk 2 chalet bg penginapan satu mlm je... (kira ok la tu...leh masuk 3 family besar) then sempat aku minta penjelasan nape air sungai keruh..so jawapan nye adalah seperti yg ku jangka.
Seperti plan lokasi bilik yg di pamerkan dlm laman web de 'river..aku terus memilih bilik 2 dan 3 tetapi pada masa itu mgmt de river dah tukar no. bilik baru. No 2 dan 3 dah jadi no. 4 dan 5. Itu adalah bilik yg strategik dgn lokasi nak terjun sungai...depan chalet mmg cantik..mcm kolam dan x de batu2. Kalau kalian tak dapat duduk situ kalian pilih stay kat bilik no 1 dan 2 (no.bilik terkini) sini pun ok sebelah jambatan kecil.. Chalet nye pun jenis berkembar dan tak berasing.
Ni..sekarang jadi chalet no. 4
Our lunch...apa lagi makanan yg simple dan mudah diangkut nasi impit dgn rendang ayam..makan lah kami sekeluarga. Dengan angin sejuk dan mendung ketika itu membuka selera kami.
Selesai menjamu,apa lagi....terjun sungai kami sekeluarga. Walaupun jam menunjukkan jam 2 ptg tp air sungai mmg sejuk bangat.. Hero2 keluargaku mandi sampai jejak jam 6. Kalau suasana lum gelap, aku rasa x naik diorang lagi.
Malam menjelma....apa lagi bersiap la kami menyediakan ayam, kambing, sosej utk di bbq kan...hehehehe. Sedap tak? Suasana sejuk ..harus la sedap...
Selesai menjamu..aku buat besday surprise tuk anak kak long suamiku iaitu jojo dan jijat coz esok 12/10 adalah harijadi mereka. Aku just buat kek sesimple mungkin...huhuhu..Just for fun je..
Makin malam makin sejuk. Yg kedengaran bunyi arus air sungai je. Kalau duduk dlm bilik dah sah2 dgr bunyi macam hujan lebat. Disebabkan si comel manja ku dah letih..so terpaksa la aku tidurkan nya dulu sambil aku pun ter join sama...hahahah.
Tak perlu aircond coz kipas dah mcm aircond sejuk nya.
One things...there is no tv or radio...so a bits boring sikit kalau tak rancang aktiviti sebelah malam.
Untuk.makluman..pihak chalet ada buat menu yg boleh deliver sampai ke bilik. Aku ternampak advertise yg dipamerkan di belakang pintu chalet. Tengok harga..ok la kot..amat sesuai. Benda goreng2 dan ada western gak.
Kalau you all nak berkaraoke pun ada juga..tapi open karaoke la...huhuhu.
12/10/14
Pagi2 bila bangun..sejuk nye yang teramat... best sesgt.
Tapi???? Guess what???? Lebihan makanan bbq kitaorang dan kek yg diletak di beranda telah dimakan oleh seekor binatang samada kucing atau species monyet. Tu la..sapa suh tinggalkan kat luar.
Walau apa pun..dah x de rezeki kan. Tempat pun dlm hutan..kucing lak merata2...gebu2 lak. Kucing parsi pun ada. Mungkin kucing owner chalet...
Pagi2 seperti yg kami rancang dan telah ku google kat sebuah blog...kami terus pergi cari nasi lemak yg depa dok katakan sedap tu. Memang jumpa dan orang mmg la ramai... Mcm2 menu...termasuklah my favourite food...pulut!. Tapi kali ni pekena dgn sambal hijau. Kira 1st time la aku cuba makan pulut dgn sambal hijau,,
Siap je tapau.. kami bawa balik ke chalet untuk bersarapan bersama. After breakfast apa lagi...terjun sungai la...
Hero2 keluargaku... bangun aje dah terjun. Tebal sungguh kulit diaorg ni.. Pagi babe...sejuk mcm air batu belum.cair...perggghhhhh...Jejak la samapai ke jam 10 pg kami berkubang dlm air sungai. Pelbagai aksi tenggelam timbul kami buat...termasuk la aku skali...hahaha...
Selesai berkemas dan bersiap jam 12 tghari kami pun balik...
Indahnya percutianku ini...