Assalamualaikum...
Rasanya dah lama catatan blog ni tak dikemaskini walaupun hakikatnya nak di update selalu.
Sorry la... sibuk sangat. Dengan tugasan di pejabat, bisnes kecil-kecilan yang terpaksa dikerjakan.
So.. tahun ini 2 percutian telah dirancang.
Yg pertama di PD dan kedua di Langkawi.
Manakala yang belum dirancang adalah ke De'River Janda Baik Pahang, dan ke Terengganu...mana lagi. Hehehehehe
Untuk entri kali ni, saya akan kongsi pengalaman yang agak menyeronokkan bersama keluarga sebelah suami saya. Kira mereka2 ni satu kepala la, tak banyak hal dan cerewet. Jenis APA PUN BOLEH..
I like this type!!!
Kami telah pergi ke sana pada cuti umum perayaan tahun baru cina. 31/1/14 - 2/2/2014.
Segalanya telah dirancang...dari menu makan hinggalah program berenang..
Plan kali ni lebih kepada berehat bersama keluarga sambil melayan kerenah anak2 dan anak2 buahku.
Bayu Beach Resort adalah lokasi yg aku pilih sebab dari pengalamam aku lah..tempat ni paling best dan privasi sikit lautnya bersih berbanding lain. Lokasi berdekatan dengan Yatch Club. Kalau nak gi Glory Beach Resort pun ok tp tang laut...out!!!! coz berdekatan dengan longkang besar dan penapisan Shell. So pepaham sendiri la kan.
Kali ni aku kira organizer la. Not talented.... hahahaha :P
Segala persiapan telah ku buat untuk percutian 3 hari 2 mlm ni. Rendang ayam, sambal sotong, nasi impit (semua telah siap dimasak di rumah) dan bahan2 bakar untuk bbq nanti. (gambar2 tak sempat snap). Bukanlah nak bergondoh gandah mcm nak berkampung dgn multicooker, ricecooker, tempat bbq dan bahan2 masak tapi mudah dan ada kelainan sikit. Mengikut pengalaman aku yg dah kali ke berapa datang PD (mungkin dah 9 kali)... Kat PD ni bab2 makan tak kena taste aku. Sama aje menu harian ku kat rumah lagi2 kalau makan luar (bila malas la..) iaitu
Makanan ala thai....
Dari segi peruntukan kami kongsi bersama...yelah semua dah berkeluargakan, kalau harap sorang mau bengkok walaupun tokeh kek mahupun tokeh jamu...ekekekekek.
31/1/14
Keluarga saya sampai dulu..so kami check in dulu.. Lagi 3 family akan muncul kemudian kerana perbezaan tempat tinggal. Ada di Melaka, KL dan Trengganu.
Menu hari Pertama kitaorang makan nasi impit dengan rendang.
Dalam jam 4 keluarga dari KL dan Ganu tiba dan keluarga kak long tiba lewat sikit atas beberapa masalah yg boleh di terima (cheewahh!!)
Dan seperti biasa, my hero tak sabar2 nak terjun laut. Disebabkan kepenatan mengangkut segala barang naik turun ke apartment tingkat 2..aku tangguhkan untuk sesi berenang ke esok pagi.. Lagi pun anak2 kak long belum sampai lagi. Anak2 dia lah yg selalunya pelengkap havoc dgn heroku.Mlm kami tonton VCD..mcm2 CD aku beli.. Tokek, Qadr, Papadom 2, Police Story 3 dan Tom Yum Koong.(yer kot!!)
Sebab tak nak boring..kita org menonton la...
1/2/14
Bangun pagi sessi buat sarapan bersama, dgn pau, nugget, fries dll. Baik ada multicooker so senang la kami kukus pau dan pelbagai menu. So tgh seronok2 kukus pau.. multicooker lak buat hal... Adooyaaii... dugaan sungguh. So kitaorg terpaksa la pakai rice cooker.
Tengahari kitaorang buat nasi lemak pekena dengan sambal sotong dan ayam... Mabeles!!!
Then selesai isi perut, kami semua terjun kolam renang sampai ke petang...
Kegembiraan yang jelas terbayang.......
Kali ni tak berapa nak terjun laut la coz manusia yg dtg punyalah ramai..so dgn cuaca yang kering dan panas, malas lak nak ke laut
Bila tiba malam...ini la masanya bersama keluarga buat BBQ...ini la yg dinantikan. Tapi apa kan daya my mr hubby lak diserang migraine yg mungkin disebabkan oleh bau klorin dan bahang panas. So sib baik ada ipar duai yg sporting dan understanding. Siap bab membakar kami pun makan...sampai nak pecah perut. Enjoy sesangat...
2/2/14
Hari terakhir kami rasakan mcm sekejap je. So selesai bersarapan (lebihan bbq yg masih banyak dan dipanaskan semula).. anak2 kami berenang semula untuk kali yg terakhir di PD bersama uncle nya yg rajin melayan telatah kanak2...hehehehe. Mekaseh yer uncle mail.
Siap berkemas kami check out lewat dlm 2.40 ptg (special request laa..)
Balik kami singgah ke pekan PD. Tuk ke kedai Sakan cari comforter NARITA RM40 yg kami dok bual2 kan mlm sebelumnya. Apa yg x de kat Sakan,,semuanya ada.. Aku pun apa lagi...sambar la satu comforter Narita yg dah banyak sgt koleksi kat rumah. Mr Hubby geleng kepala je...Hehehehe. Org lain yg nak beli, org lain suggest jugak yg beli. Yg aku ni..mcm la kat Melaka tak de Sakan...Haahaha.. tangan kiri gatal la tu.
So kami berpecah tuk balik ke destinasi masing2... sebelum balik tekak terasa nak makan cendol. So apa lagi aku tanya la Mr. Goog. Destinasi rojak dan cendol mamak yg sedap la jugak then ada laksa sekali. Lokasi nye terletak kat Arked Medan MARA PD..dekat2 dgn Stesyen Bas PD. Not bad...sedap jugak. Abg biras aku makan 2 mangkuk laksa tu...Huhuhuhu.
Selesai kami balik Melaka.
Walaupun letih tapi kami seronok..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan