Selasa, 25 Mac 2014

1st. EPISODE : "LANGKAWI!!! HERE I COME...."

LANGKAWI ??? ...

Suatu tempat yang tak pernah membosankan dalam kamus hidupku. Kalau 10x pergi pun aku tetap tak kan boring tapi... bersyarat lah kan. Pergi naik flight. Bukan apa... tak suka naik feri lama2. Paling bertahan naik feri ke Penang. More than 30 minit dan selebihnya leh jadi panas!!!!.

So...seperti yang aku pernah ceritakan dalam entri ku sebelum ini. Niatku untuk bercuti cuti Malaysia akhirnya tercapai. Kali ini, percutian ke 4 ku ke tanah sumpahan 7 keturunan ini adalah yang tak dirancang, suka2 masuk laman Air Asia then masukkan tarikh yang bukan cuti sekolah (memang tak suka pergi langkawi masa cuti sekolah...havoc sangat!.)
Tapi niat hatiku sebenarnya memang nak pergi bulan Mac 2014 coz this is a part of hadiah harijadi untuk my husband...heheheheee


Pusing punya pusing, klik punya klik sambil buang2 masa dapatlah akhirnya tiket promo murah RM29 sehala untuk seorang tak termasuk bagasi, airport tax dan lain-lain...(Everybody can fly la kan....) So terus call my adik biras tuk join, so apalagi bersilat la aku bila dia pun excited nak join. Kali ni buat kali pertama aku pergi bersama adik birasku dan kali kedua kami pergi bersama my FIL dan my MIL lagi.


Tiket flight dah ada, so terus cari hotel. Rahsia hati terpendam memang teringin nak stay kat Hotel De Baron coz 1st time tengok dalam cerita "Bencinta" lakonan Nora Danish. Bila tengok sea view hotel yang cantik terus aim nak stay sana. So google punya google dengan testimoni pelancong yang pernah menginap aku terus select thru agoda. (Walaupun ada yg kata thru agoda mahal, aku tetap katakan yg agoda ada sedikit murah berbanding website hotel). Alhamdulillah... 2 bilik deluxe dengan 2 katil queen setiap bilik akhirnya dapat jugak.

So.. segala bayaran flight dan penginapan dah settle just menunggu hari tiba aje.. (cheewah, mcm nak bersalin je)


Sebab dah 5 tahun tak naik Airasia, so aku pun survey cara nak 'web check in'. 
Masa Mei 2009 aku rasa takde la mende ala 'web check-in' ni.. pergi kaunter terus diaorang print boarding pass without charge. So after tahun tu till currently... kalau nak boarding pass kat kaunter check-in semua kena charge. Kalau 10 orang check-in dah tentu RM100 kita sedekah kan free je kat Mr. Tony untuk 10 helai kertas A4 yang bercetak "Boarding pass".

So better simpan duit tu tuk shopping lagi baik. 14 hari sebelum tarikh flight dah boleh buat web check-in. So aku print semua boarding pass pergi dan balik 9 hari sebelum pergi.

Sehari sebelum aku web check-in, berita menggemparkan satu dunia apabila pesawat MAS Boeing 777 iaitu MH370 dari KL ke Beijing hilang di ruang udara. Fuhhh! Seram sejuk masa tu. Walaupun aku naik Airasia Airbus tapi dalam hati agak risau juga. Dalam hati.. "ini semua kebetulan!". Dulu masa nak pergi Langkawi tahun 2009 pun sama, 2 minggu sebelum tarikh flight aku terbang, cerita pasal France Air yang terhempas. (Dalam hatiku...bila aku nak g naik flight je, ada je cerita hot pasal pesawat yang buatkan aku tak senang a.k.a. takut nak naik flight)

Apa pun... perjalanan dan percutian harus aku teruskan. Hanya kecekalan dan doa semoga segalanya dipermudahkan oleh Nya aje yang aku set dalam minda.

So.....

2 weeks before flight date aku dah buat survey tempat2 melawat menarik, tempat makan dan tempat shopping (apa lagi...itulah motif utamaku...hehehehe). Ini adalah caraku, sebelum bercuti nak kena plan dan kemudian baru leh  terjah. Operasi plan dan terjah!!!!!!..
(You know me, tak suka pergi jalan2 tanpa perancangan.. just wasting time je)
Apapun thanks to all the bloggers yang terlibat dalam pembacaan entri yang telah dipaparkan. Amat berguna dan memang berguna. 

Seminggu sebelum pergi ini lah perancangan yang telah aku aturkan. Walaupun tak 100% diikuti tapi 70% perancangan berjalan dengan sempurna


Tentetive a.k.a. program percutian 4 hari 3 malam.....



Lokasi tempat untuk kami bersantap ( seperti kata survey...)



My shopping list..... (ini yang penting supaya tak over budget...).





....... sambungan 2nd. Episode : "Langkawi!!!  Here I Come..."






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan