Perjalanan kami sekeluarga bermula jam 12 tengahari, walaupun boarding pass telah ada, kami tidak mahu terlewat dan terlepas pesawat ke Langkawi (dalam hati memang dah excited giler nak berjalan, Allah je yang tahu you..) So setiba di LCCT Sepang kami lunch dulu di McD sambil tiga Mr. man kami menguruskan perihal parking kenderaan.
My 'angah' yg sempat berposing....
Selesai jam 3.40 ptg kami daftar masuk bagasi beserta check in anak buah berumur 10 bulan (bayi bawah umur 2 tahun kena daftar kat kaunter ye...web check-in tak boleh...) Selesai bab timbang menimbang kami meluru ke pemeriksaan keselamatan. Selesai... kami pun duk menangok kat boarding area sebelum pesawat AK 6322 tiba.
Men's of the family
My 'along' yang muka ketat metat menunggu flight
Adik bongsu hubby dengan his wife.. the only adik birasku
Adik bongsu hubby dengan his wife.. the only adik birasku
Seperti biasa pesawat Airasia yang dijangkakan berlepas jam 5.40ptg di tunda ke jam 6.00ptg. Biasa lah kan Airasia...bab bab delay ni memang normal. 20 minit delay ok lagi jangan macam 5 tahun yang lalu. Patut berlepas jam 7.35 mlm tapi delay sampai jam 11.45 mlm. Berkampung la kat sana....kebuluq na. Nasib baik masa tu hotel kat Langkawi sebelah dengan Airport jalan kaki dalam 250 tapak.+-, dah sampai. Masa tu stay kat Hotel Helang.
Ok...back to the story, Sebelum berlepas aku dah whatsapp Rental car @ Hanafi (013-4353413) yang penerbangan kami akan sampai jam 7 malam sebelum aku turn my smartphone to flight mode. Cuaca amat cerah dan secerahnya....
Permandangan pada jam 7 petang sebelum mendarat (jenguk jenguk kat luar kot kot nampak MH 370)
Tepat jam 7 mlm pesawat kami tiba di Pulau Lagenda...
Kerja-kerja punggah memunggah bagasi setiba di airport langkawi
Budak tembam.. farizz iqbal and his father.
My ' adik' yang mood tak berapa stabil...
Kenderaan yang kami sewa telah tersedia. Mak datuk aiii....macam enjin bot
(dalam hatiku berkata kata... tak boleh ke owner pregio ni bersihkan sikit sebelum sewa kat orang.) Tapi apa boleh buat...o.k. la daripada k.o. RM130 derr. Yang penting kami ada 2 hero malaya yang tahu bawa kenderaan melebihi 12 seater. Ha ha ha ha...
Tepat jam 8 mlm kami sampai di hotel De Baron, dimana perjalanan hanya sejauh 13 km atau setengah jam perjalanan dari airport ke pekan kuah. Setibanya kami di De Baron hotel bilik kami telah tersedia. Kami menginap di bilik 212 dan 218. (Lupa nak request, connecting door)
View bilik kami memang mengadap laut. Disebabkan malam so tak nampak la view laut.
Jam 9.00 malam kami keluar untuk mengisi perut yang telah mengosong dari jam 3.30 petang. so apa lagi aku pun keluarkan list nama2 tempat makan yang best kat sini. Kami terus menuju ke Restoran Nelayan. Walaupun petunjuk lokasi di area Hospital Langkawi aku tetap menggunakan khidmat bomoh IT ku iaitu Tok 'Waze' (Hehehehe,guna GPS la... aplikasi 'waze')
Tanpa sesat kami sampai ke restoran nelayan tersebut yang terletak sebelah kiri jalan dari simpang masuk di depan hospital langkawi.
Makanan seafood nya................. Terbaiikkkkkkkkkkkkkkkk!!!!
Memang berbeza masakan ikan bakar kat umbai melaka dengan langkawi.
Walaupun 30% seafood dah habis kami tetap order apa yg ada..
(Tips : kalau nak banyak pilihan datang awal ye.. Rasanya kedai dibuka seawal jam 6.30 petang)
.
Kat sini aku tengok pelbagai jenis seafood bercengkerang...siput nangka la siput apa apa la... (tak ingat...banyak sangat.)
Menu utama kami sotong goreng tepung (hasil rekomen oleh para bloggers), kailan ikan masin (mmm.... kureng sikit), sepahat goreng sambal teluq/ telur (rekomen orang yang ambil order), ikan siakap 2 ekor...besar punya. (Satu bakar satu masak 3 rasa - memang best..), ikan pari bakar (bakar sambal kot..) dimakan dengan nasi dan sambal belacan yang memang power gilerr... (siap tambah lagi)
Semua hidangan untuk 9 orang nye makan... memang sentap, sedap dan harga pun worth it sangat.. RM170 termasuk 2 jug besar fresh oren dan tembikai...
(Selalunya kalau kat kat warung pak musa ikan bakar di alai melaka kena RM 70-80 tu 4 orang makan? so..ok la kot harga kat sini... sikit lebih kurang sama jer...)
Sebab dah lapar dan excited nak makan, gambar makanan memang kami tak sempat nak snap. Tapi percayalah...tak menyesal makan kat sini kalau datang ke langkawi...
Menunggu makanan dihidangkan....oleh kakak "aww" yang seksi dan peramah (bukan provoke ye..)
Me, adik and my mr. handsome man
Selesai makan....apa lagi, kami terus balik hotel untuk merehatkan segala urat kaki tangan dan badan yang dah cukup lama bekerja kuat sejak jam 9 pagi untuk mai ke pulau lagenda ni.
Our next trip esok di rancang jam 9 pagi......
Rabu @ 19 Mac 2014
Seawal pagi aku dah bangun dan tengok permandangan laut di tingkap bilik. Menghampakan.... Walaupun bilik No. 218 ku berlokasi 'seaview' tapi disebabkan ada sebuah bilik besar kat depan tingkap makan tidak tercapailah pada pandangan kaca mataku untuk melihat suasana cantik ala2 marina. Berbeza dengan bilik my FIL dan my BIL No. 212...
so cantekk view mereka.
Tips: Kalau stay kat De'Baron nak view laut please make sure pilih antara bilik-bilik ni no.
- 202, 204, 206, 208, 210, 212 dan 214 (Tingkat 2).
- 302, 304, 306, 308, 310, 312, 314, 318 & 320 (Tingkat 3)
- 102, 104, 106, 108, 110, 112, dan 114(Tingkat 1)
Ini je bilik yg aku tahu... kalau you all pilih bilik hujung dia nombor ganjil, maka alamatnyer bilik anda mengadap jalanraya atau building lama hotel ni la.
Kalau minat nak stay tingkat 1 pun ok (tingkat 1 tu ground floor coz hotel ni 3 tingkat je..)
Walaupun hotel ni ada lif tapi muatan leh naik 6 orang dewasa je. So kalau nak berangkut shopping bagai.. you better stay kat level bawah. Ingat tau....don't request this room's no(s). 216, 218, 220 or 116, 118 & 120... halangan rumah kayu!)
Tepat jam 9 pagi kami berkumpul di lobby hotel untuk bersarapan pagi dan menuju terus ke lokasi tempat-tempat menarik. Sebelum itu kitaorang hirup udara segar kat tepian laut sambil 'lawat tapak' swimming pool, so... sempat la kami mengabadikan gambar bersama.
so cantekk view mereka.
Pemandangan dari bilikku... :(
View cantik Hotel De' Baron
(memang cantik kan, macam view marina kat Hotel "The World Resort" di Pantai Cenang)
Tips: Kalau stay kat De'Baron nak view laut please make sure pilih antara bilik-bilik ni no.
- 202, 204, 206, 208, 210, 212 dan 214 (Tingkat 2).
- 302, 304, 306, 308, 310, 312, 314, 318 & 320 (Tingkat 3)
- 102, 104, 106, 108, 110, 112, dan 114(Tingkat 1)
Ini je bilik yg aku tahu... kalau you all pilih bilik hujung dia nombor ganjil, maka alamatnyer bilik anda mengadap jalanraya atau building lama hotel ni la.
Kalau minat nak stay tingkat 1 pun ok (tingkat 1 tu ground floor coz hotel ni 3 tingkat je..)
Walaupun hotel ni ada lif tapi muatan leh naik 6 orang dewasa je. So kalau nak berangkut shopping bagai.. you better stay kat level bawah. Ingat tau....don't request this room's no(s). 216, 218, 220 or 116, 118 & 120... halangan rumah kayu!)
Tepat jam 9 pagi kami berkumpul di lobby hotel untuk bersarapan pagi dan menuju terus ke lokasi tempat-tempat menarik. Sebelum itu kitaorang hirup udara segar kat tepian laut sambil 'lawat tapak' swimming pool, so... sempat la kami mengabadikan gambar bersama.
Me, my MIL, FIL, angah, adik dan baby iqbal
"Pak su" & "Mak su"
Atok dengan cucu cucunya
Pasangan veteran meletop!!
Romantik tak? 'pak ngah' dengan 'mak ngah' :)
Cantik kan???? View dari De Baron Hotel
Dataran Lang sebelah aje....
Rombongan anak menantu! Hahahahaha....
Laluan Taman menuju ke Kolam Renang di De'Baron...
Disebabkan kat area pekan kuah banyak tempat makan, kami decide untuk tidak mengambil pakej bilik beserta sarapan (too many comment pasal repeat menu, so...pepaham je la).
Kami ingin mencuba bersarapan di warung yang disyorkan oleh para blogger tuk dicuba iaitu warung Kak Su yang jual pek nga @ lempeng.. Lokasi amat mudah, just opposite dgn sekolah menengah Tunku Putra dan bersebelahan dengan Klinik Delima di Padang Matsirat. Bukan aje lempeng, nasi lemak, roti jala, kueh dan lauk pauk pun ada... we all leh cakap.."sedap". Tak rugi mencuba. Kelainan nasi lemak kat sini tak sama dengan nasi lemak orang selatan. Kalau orang selatan nasi lemak kita terasa lemak santan dan kadang kala rasa halia. Kat warung ni..nasi lemak dia lain..ada nampak macam rempah ratus sikit dan lemak santan pun x berapa berlemak. Yang penting sedap.. my adik biras cakap lempeng a.k.a. pek nga pun best jugak. Harga? Ok sesangat. 6 dewasa 2 kanak saiz makan orang dewasa just kena RM34++ je. Ok la kot....
Ini lah warung Kak Su... (yang kat pic tu bukan kak su mahupun duta kak su yer)
Then..selepas bersarapan, apa lagi kami terus ke lokasi utama kami iaitu..mendaki ke gunung mat cincang dengan menaiki kereta kabel... tak sah pergi langkawi tak naik cable car ni. Macam dah satu kewajipan. Sesampai kami di sana, kwang kwang kwang kwang...TUTUP!. Pergghhh...dah lah jauh tutup lak. So.. for your information, cable car akan ditutup setiap rabu untuk penyelenggaraan. So apa lagi..terpaksa tukar program.
Kat luar oriental village ni iaitu lokasi dimana cable car berada ada juga duck tour...terasa juga nak cuba, tapi disebabkan kat melaka nye duck tour pun tak pernah cuba so kami tak jadi nak naik. Kami disapa oleh abang teksi yang promo tuk cuba naik boat atau 'mangrove' kat kilim geopark. Ni kira abang teksi buat part time jadi agen promo la. Dia charge untuk satu boat atau 10 kepala dengan RM350 untuk 2 jam. Mak aiiii....mahal nye. Minta kurang tak boleh, katanya memang dah murah. So kami tak decide coz rasa mahal.
Setiba kami di parkir kenderaan di area situ juga, kami di promo lagi oleh seorang wanita untuk join 'mangrove' dengan harga RM250 je tuk satu boat. Minta tawar pun tak boleh.."dah murah" katanya.So disebabkan sebelum cuti cuti malaysia kali ni kat Langkawi aku dah buat survey so aku tahu kadar murah yang boleh dapat untuk naik boat mangrove ni just RM200 je.
So kakak ni kira nak makan komisen la tu...agen kan. Yang abang teksi mula mula tu lagi terlampau kehebatannya sampai RM350. Tak berhagak. So...aku terus tanya my Mr Google.. memang sah RM 200 melalui laman web empunya boat mangrove. Namanya ALIF. (Kalau nak cuba contact...ambil no ni 017-4304800 - kalau minat call tau, dont worry.. tak de apa-apa komisen tuk aku just nak sharing info je..) Aku call Alif ni...guess what berapa dia bagi aku? Dia promo kalau aku join mangrove hari ni, dia charge just RM170 aje...Wow!!! Exclusive. Murah tu. So apa lagi...kami ber 'mangrove aje lah.
Dari cable car kami ke Telaga 7 dulu sebelum ke jetty Kilim. Sesampai je kami ke Telaga 7 kami dah naik 1% then bila tengok macam sunyi je dan tak de pengunjung ditambah lagi dengan nak mendaki....terus kami decide tuk cancel pendakian kami ke Telaga Tujuh lagipun masa tu macam air kering. Tapi posing tetap posing...hehehehe..
So kami terus ke jetty Kilim yang mengambil.masa lebih kurang 20 minit. Sampai aje kita orang terus bayar dan terus naik boat. Alif ni kata kalau nak tengok dan beri helang makan serta tengok gua buaya better datang pagi.
So RM170 tuk 2 jam perjalanan menaiki bot dari jetty kilim ke....
1) Gua buaya..
2) Tengok keindahan hutan paya bakau..
3) Lawat kolam ikan (beri ikan pari makan dan yang paling best ada ikan tembak tembak - ikan tu tembak pakai air)
4) Round tengok kapal-kapal elite (macam certita ombak rindu)
5) Tengok helang makan
6) Round dari pulau ke pulau hingga sampai ke perairan malaysia - siam
7) Gua kelawar
Selesai mangrove dalam masa 2 jam ++. Ok sangat dan berbaloi baloi.
Dulu masa kali pertama dan kedua tak pernah join mangrove ni. Tapi memang best kali ni bila ada mangrove. Tak de la boring selain pergi ber shopping kalau datang ke Pulau Langkawi. So..my advise? Mesti join tour mangrove ye..seronok.
Kami selesai di Kilim Jetty lebih kurang jam 1.30 petang. Kami terus ke destinasi sehala balik ke pekan kuah. Dalam perjalanan dari jetty kilim kami melalui galeri perdana. Disebabkan ku tak pernah menjejakkan kakiku di galeri ini.. so atas dasar penghargaan pengorbanan tak ternilai Bapa Pembangunan Malaysia ni.. aku pun masuk lah jugak. Dewasa RM 5, Warga emas RM3, Kanak kanak RM2.
Selesai kami terus balik ke pekan kuah. Disebabkan jam di tangan dah pukul 3 petang. Perut kami dah berkeroncong. Kami bersetuju nak makan laksa penarak yang dikatakan sedap so kami terus pergi. Laksa penarak ni terletak kat gerai di Dataran Lang berdekatan dengan Jetty Kuah. Ow ooohh...sesampai di sana TUTUP!. Hahaha lupa lakk. Rupanya laksa penarak beroperasi sebelah malam.
So apa lagi..menu lunch kitaorang time tu adalah..bebas. pusing punya pusing kat area situ jugak..kami berhenti di satu warung yang jual laksa. Not bad..sedapp. (aku memang peminat lakse hahaha...) kelainan laksa kat langkawi ni, dia ada letak daun atau ulam ulaman yang rasanya macam daun jambu (adik ipar aku la yang cakap, mcm dia pernah makan daun jambu lak...hehehe). Tanya punya tanya rupa rupanya daun gajus + daun salon..
Selesai soru...kami decide tuk rehatkan diri dan keluar semula jam 6 untuk...shopping !!!!!! That's my favourite.Jam 6 petang..tepat pada waktunya (bab ni aku suka...kami jenis punctual bukan macam orang kata janji melayu ye.. kami melayu baik punya disiplin bukan hegeh hegeh macam mak enon...hahaha (laser jappp..)
Kami decide tuk shopping atau survey barang barang kat Idaman Suri dan HIG. (Haji ismail group tau..bukan haji ismail golok bak kata anak sulungku).kat idaman suri sekarang ni dah banyak fokus pada jualan pinggan mangkuk dan bab2 coklat ni dah tak banyak jual kat sini. So kalau nak cari pepero ke, whittaker ke....memang ler tak de.
Macam biasa la kan... aku tangkap pinggan mangkuk melamine tuk stok baru rumahku, untuk bonda tercintaku dan kiriman kakakku. Tahu sebab apa aku suka beli pinggan melamine kat sini? Sebabnya....coz melamine dia tahan, tebal dan tak kuning..yg penting murahh..
Idaman suri lokasi part 1 aku beli barang melamine. Bab pemanggang ajaib, dulang silver dan set cawan kaca kitaorang nak survey dulu kat HIG.
Out next pitt stop kat HIG kompleks..
Sekarang ni semya barang barang dah dijual di HIG Kompleks. Dulu rumah kedai sekarang dahbada kompleks dan hotek skali. Alhamdulillah..rezeki allah. So kat sana kami terus beli barang barang yang kami rasakan murah dan tak de kat Idaman suri.
Coklat kat sana???.
Disebabkan kami rasa cuti sekolah akan menjelma lagi 3 hari so kami rasa depa ni lum tukar lagi harga. So kami ambil yang mana perlu.. Pepero, whittaker dan yang berkenaan.
Tak terkecuali beg tarik kaler oren yang murah la jugak. Kalau kat melaka dah sah sah RM200++. Kat sini? RM100 je....
What the small world... kat HIG ni aku terseremoak dengan member sama belajar dengan aku kat Uitm dulu. Selesai kami cadang nak pergi ke coco valley nak survey coklat. Apa kan daya my mr google said..kedai closing jam 6.30 petang.
Selesai shopping part 1...kami terus berjalan jalan menghirup udara segar sambil mencuci mata melihat cahaya lampu kat Dataran Lang...
Selesai relaks..kitaorang pun planning nak g pekena western food kat Ee Burger.
Sampai je kat kenderaan di tempat letak kereta Dataran Lang ada suatu kejadian yang buat kami pecah perut. Kes "salah pregio" Daripada keadaan marah, panik, cemas bertukar kepada suasana ngilaian tawa 9 orang nye kepala. Ceritanya? Syyyyhhhh.... Biarlah kami aje yang tahu... (kalau cerita kang...nampak sangat kelemahan sistem sewaan kenderaan kat sini..)
Sampai sahaja di Ee Burger dengan bantuan 'tok waze', kami pun menjamu selera.
Ee Burger ni terletak betul betul opposite Hotel Bella Vista. Makanan nye pelbagai. Bukan aje western, masakan malaysia pun ada....
Farizz iqbal yang kehausan....
Khamis @ 20 Mac 2014
Macam biasa kami berjanji jam 9 pagi. Arah tuju kami pagi ini adalah untuk menaiki cable car yang tak kesempaian semalam. Kami bersarapan se simple mungkin. Lokasi di gerai sebelah ee burger semalam. Ada roti canai dan seawal pagi dah ada pelbagai lauk pauk. Rupanya kat sini pun macam pantai timur dimana orang makan nasi sebelah pagi. (Ikut logik mungkin orang sini ada bendang yang nak diusahakan dulu dulu..tu yang makan nasi masa sarapan) Selesai bersarapan kami menuju ke pekan kuaj coz adik biras ku ada urusan dengan bank yang harus diselesaikan. Disini aku.bertemu dgn 3 anggota mbmb bersama famili.... memang dunia ni kecil apatah lagi langkawi..hehehe
Selesai kami terus menuju ke gunung mat cincang untuk merasai ketinggian gunung dengan mendaki cable car. Sampai sana...mak umak aiii...ramai nye. Kadar warga negara memang berbeza dengan bukan warganegara. Kami dikenakan harga dewasa RM15 seorang dan RM10 untuk kanak kanak atas 2 tahun RM10 je. Lepas je scan tiket kami pun mendaki tangga menuju ke stesyen cable car...mak aiiii. Sekali lagi kami diuji, punya la berbelit belit panjangnya beratur...ramainya. Mahu setengah jam kita orang beratur..dah macam kesesakan jalanraya yang terkawal. So disebabkan satu cable car tu untuk 6 orang so terpaksa lah kami berpisah my FIL, MIL, BIL AND SIL and his son.
Aku dgn suami dan anak anakku.
Sambungan cerita selepas 4 tahun...
🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗
Dah tak ingat dah cerita hari berikutnya. Yang ingat dan jadi pengalaman manis kitaorg bila ke dataran lang.. Masa tu lepas shopping sakan..
Bila balik kami lihat van kami dah kosong.. Barang barang dan hilang..panik time tu.. Last last rupanya van kami kat blkg van tu...hahahaha..kami gelak pecah perut.
21 Mac 2014 kami pulang .
Percutian 4 hari yg menyeronokkan sebab dpt pergi dgn mak ayah dan adik beradik yang sikit lebih kurang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan